Subscribe:

Sunday, March 6, 2011

Pendaftaran/Pengambilan Pelajar Kolej Teknologi Yayasan Alor Gajah 2011/2012



Kolej Teknologi Yayasan Alor Gajah (KT-YAGA) telah di tubuhkan pada 11 Julai 1997 dengan tujuan menyediakan tempat pengajian kepada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan tetapi tidak berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) yang lain. KT-YAGA menawarkan program akademik dan kemahiran yang dikendalikan oleh pihak-pihak tertentu seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

Program anjuran JPK menekankan aspek kemahiran dan pengetahuan serta sikap berdasarkan kepada pengunaan "National Occupational Skill & Standard" (NOSS) manakala untuk program usahasama UiTM, Diploma dikeluarkan oleh pihak UiTM sendiri.

Pelajar-pelajar akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) jika mereka disahkan terampil oleh Pegawai Penilai Luaran dan disahkan terampil pada tahap-tahap yang ditetapkan oleh JPK.